Dapur adalah elemen paling penting untuk setiap rumah, berfungsi sebagai tempat menyediakan makanan dan minuman. Makanan yang disediakan sendiri di rumah pastinya lebih baik dan sihat kerana kita tahu apa kandungan yang disajikan. Walaubagaimapun, kita perlu memastikan dapur dijaga dan diurus dengan baik untuk mengelakkan bakteria membiak dan menjadikan dapur kita sebagai habitatnya. Dengan ini, kami di KakNina Home Bakery ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa tips untuk menjaga dan mengurus dapur:
1. Menjaga kebersihan

Membersihkan dapur memasak dengan segera selepas menggunakannya supaya memudahkan kerja-kerja pembersihan berbanding dibiarkan beberapa ketika. Lantai hendaklah selalu disapu dan di mop menggunakan sabun atau bahan kimia yang sesuai. Dinding sentiasa dilap dan dibersihkan setiap kali selepas selesai menyediakan makanan untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
2. Sistem pengudaraan yang baik

Salah satu aspek penting yang perlu dijaga adalah sistem pengudaraan yang baik dan segar. Pastikan tingkap atau pintu dibuka sedikit bagi membolehkan udara segar masuk secara semulajadi. Secara mekanikal boleh gunakan alat penyedut udara udara atau 'exhaust fan' dan alat penyaman udara yang membenarkan sistem pengudaraan luar memasuki rumah.
3. Tempat menyimpan barang yang berasingan

Sediakan tempat menyimpan barang yang berbeza untuk pinggan mangkuk, periuk belangga, makanan kering, bahan mudah rosak, sabun dan bahan kimia yang lain. Bukan sahaja memudahkan kita untuk mengambil barang, malah menjadikan dapur sentiasa kemas dan teratur.
4. Periksa bahan makanan di dalam peti sejuk

Bagi memastikan petisejuk berfungsi dengan baik, selalu periksa bahan makanan di dalamnya. Bersihkannya setiap minggu dan buangkan bahan makanan yang telah rosak. Penyimpanan makanan terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik.
5. Tidak terlalu menghiasi dapur

Dapur bukanlah kawasan yang sesuai untuk didandankan. Antara sebabnya asap daripada aktiviti memasak akan melekat pada perhiasan seperti pasu atau jambangan bunga. Akhirnya dapur kita akan kelihatan tidak menarik daripada yang sepatutnya.